Favicon ialah sejenis ikon kecil yang kelihatan muncul disebelah URL pada address bar sesebuah browser window. Untuk pengguna Blogspot, ikon empat segi berwarna oren yang mempunyai lambang “B” seperti ini
– ialah ikon yang muncul secara default apabila anda membina blog di Blogger.com.
Anda sebenarnya boleh menukar ikon tersebut kepada bentuk design yang lain agar URL laman web anda kelihatan lebih menarik. Hari ini saya akan tunjukkan cara-cara menukar favicon untuk pengguna Blogger.com.
Sebelum memulakan langkah ini, adalah lebih baik anda membuat backup untuk template blog anda terlebih dahulu. Ianya sangat mudah.
Di halaman dashboard akaun blogger anda, klik pada Layout > Edit HTML dan klik pula pada link “download full template” untuk menyimpan file template ke dalam komputer anda.
Setelah selesai membuat backup, sekarang, anda perlu mencari pula imej favicon yang anda minati di laman-laman web yang tersenarai dibawah:-
http://favicon-generator.org/gallery/
http://www.thefavicongallery.com/
http://mppierce66.home.comcast.net/~mppierce66/web/fi/
http://blog.econsultant.com/favicon-gallery-index
http://www.thefavicongallery.com/
http://mppierce66.home.comcast.net/~mppierce66/web/fi/
http://blog.econsultant.com/favicon-gallery-index
Anda boleh juga membuat search di Google dengan menggunakan keyword “favicon gallery”. Terdapat banyak laman-laman web yang menyediakan imej-imej favicon yang menarik.
Setelah anda membuat pilihan, savekan imej favicon pilihan anda ke dalam komputer. Format imej favicon selalunya dalam bentuk “.ico”. Namun terdapat juga beberapa favicon yang disave ke dalam format “.gif”. Kedua-duanya boleh digunakan.
Langkah seterusnya ialah upload imej favicon ke dalam server hosting anda. Jika anda tidak mempunyai hosting, anda boleh juga upload imej favicon di photobucket.com.
Jika anda upload imej favicon di photobucket, dapatkan “direct link” ke imej tersebut. Link tersebut akan berbentuk seperti ini:-
http://i234.photobucket.com/albums/ff277/usernameanda/favicon.ico
Sekarang, kita boleh mulakan proses menukar favicon. Ikuti langkah-langkah berikut:-
1. Klik pada Layout > Edit HTML di halaman dashboard akaun Blogger anda.
2. Cari kod berikut <data:blog.pageTitle/> (ia terdapat dibahagian atas)
3. Kemudian, masukkan kod dibawah selepas <data:blog.pageTitle/>
</title><link href=’http://www.websiteanda.com/images/favicon.ico’ rel=’shortcut icon’ type=’image/x-icon’/>
Contohnya:
Jika anda upload image ke dalam hosting anda:
<title><data:blog.pageTitle/></title><link href=’http://www.websiteanda.com/images/favicon.ico’ rel=’shortcut icon’ type=’image/x-icon’/>
Atau jika anda upload image menggunakan photobucket:
<title><data:blog.pageTitle/></title><link href=’http://i234.photobucket.com/albums/ff277/usernameanda/favicon. ico’ rel=’shortcut icon’ type=’image/x-icon’/>
Proses hampir selesai. Setelah memasukkan kod tersebut,klik pada “save template”.
Buka blog anda dan lihat hasilnya.
Selamat mencuba….